Apa perlu kesah?.

Dua lagi projek mega bernilai RM19.6 bilion telah diluluskan untuk Pulau Pinang dan akan mula dibina pada bulan Jun.

Sebelum PRU14, kos projek LRT adalah RM8.4 bilion dan kos Lebuhraya PIL yang panjangnya 19.5km ialah RM7.5 bilion.

Pada masa itu, kerajaan DAP Pulau Pinang jamin harga projek tidak akan naik selepas disoal oleh orangramai.

Selepas PRU14 dan DAP sudah berkuasa di Putrajaya, kos LRT naik ke RM9 bilion dan Lebuhraya PIL naik ke RM9.6 bilion.

Awal tahun ini, saya pernah menyoal mengapa Lebuhraya PIL begitu mahal pada harga RM7.5 bilion iaitu pada harga RM385 juta satu km.

Sedangkan DAP pernah serang kos lebuhraya KIDEX pada tahun 2014 dengan berkata kos KIDEX pada harga RM161 juta satu km adalah paling mahal dalam sejarah Malaysia.

Kini, kos Lebuhraya PIL naik lagi ke RM9.6 bilion bersamaan dengan RM492 juta satu km.

Kos projek ECRL pada RM79.9 juta satu km, DAP kritik dengan kuat. Sehingga menuduh kerajaan China bersuhabat dengan BN untuk melakukan rasuah.

Kini, kos untuk projek satu lebuhraya mereka sahaja sudah naik ke hampir RM500 juta satu km. Apa cerita?

Sebenarnya, DAP tidak lagi hirau apa-apa jua kritikan dari Rakyat atau dari pembangkang sekarang.

Mereka sudah rampas kuasa terbesar negara.

Kalau mereka hendak buat, mereka terus buat je.

Kalau mereka mahu naikkan kos projek dengan berbilion-bilion, mereka naikkan je.

Apa perlu kisah?

Statut Rom.

SEBAB SEBENAR TUN MAHATHIR DAN KERAJAAN PH MENARIK DIRI DARI STATUT ROM

Oleh: ISHAM JALIL

Kelmarin Tun Mahathir berkata bahawa kerajaan terpaksa menarik diri daripada perjanjian Statut Rom kerana rakyat keliru dengan perjanjian ini.

Katanya, ini disebabkan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menghasut rakyat (dari pembangkang dan lain-lain).

Alasan Tun Mahathir ini amatlah lemah dan menjengkelkan.

Saya ingin bertanya kepada Tun Mahathir, sejak bila beliau atau Kerajaan pernah membatalkan sesuatu dasar atau keputusan dengan sebab rakyat keliru?

Jika beliau rasa rakyat keliru tetapi beliau dan Kabinet beliau yakin dengan Statut Rom ini, maka berilah penerangan kepada rakyat seperti kebiasaannya yang menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin-pemimpin kerajaan dan menteri-menteri.

Tambahan lagi Statut Rom ini baru sahaja ditandatangani tidak sampai dua bulan lepas dan masih ramai rakyat yang belum tahu secara terperinci berkenaannya.

Oleh itu alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir apabila menarik diri dari Statut Rom tersebut adalah tidak benar, tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

Pada hemat saya apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau dan menteri-menteri Kabinet beliau pun sebenarnya tidak yakin dan tidak bersetuju dengan Statut Rom ini kerana ia memberi kesan negatif kepada kedaulatan negara.

Ini kerana setelah mendapat nasihat daripada pakar-pakar Perlembagaan dan lain-lain, mereka mendapati bahawa sepatutnya sebelum menandatangani dan meratifikasi Statut Rom ini Perlembagaan perlu dipinda dan Majlis Raja-raja Melayu perlu dirujuk.

Oleh itu tindakan mereka menandatangani Statut Rom ini tanpa membawa ke Parlimen untuk meminda Perlembagaan dan tanpa merujuk kepada Majlis Raja Melayu serta membelakangi Yang Dipertuan Agong adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan dan juga satu pengkhianatan kepada Yang Dipertuan Agong dan Negara, oleh itu tindakan Undang-undang boleh diambil ke atas mereka kerana salah guna kuasa.

Jika perkara ini tersebar kepada umum, maka bukan sahaja mereka boleh didapati bersalah dan dihukum di bawah Undang-undang Negara, maka rakyat dan institusi Raja-raja Melayu juga akan “menghukum” mereka.

Inilah yang Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin PH ini takut. Sebab mereka tahu yang mereka telah melakukan kesalahan.

Dan kesalahan ini adalah kritikal dan besar yang terjadi akibat keangkuhan mereka sendiri yang sanggup menggadai maruah dan kedaulatan negara kepada kuasa asing tanpa segan silu atau rasa malu.

Mereka tidak boleh lagi menyalahkan orang lain. Rakyat tidak akan percaya. Mereka perlu mengaku dan menyalahkan diri mereka sendiri.

Namun nampaknya mereka masih angkuh dan tidak mahu mengaku salah malah masih menyalahkan orang lain. Maka mereka tidak akan belajar dari kesilapan ini, dan kesalahan-kesalahan seperti ini tentunya akan berlaku lagi.

Rakyat dan negara yang akan rugi dengan kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang sebegini.

Aset-aset negara sedang dijual oleh Kerajaan PH. Kini maruah dan kedaulatan Negara pun ingin digadaikan oleh mereka.

Sebab itu kita perlu tentang mereka ini.

ISHAM JALIL
9 April 2019

Cincin.

⏩⏩ THE THIRD FORCE ⏪⏪

🔴 SATU KEMALUAN BESAR UNTUK TONY PUA – Malaysia Today

THE THIRD FORCE
By: Jae Senn
(SHARED by: Ariff Ahmad)

🔥 Menerusi pendedahan terbaru yang dibuat semalam oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Amiruddin Hamzah, sudah jelas lagi bersuluh bahawa Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, tidak pernah membeli berlian merah jambu sepertimana didakwa oleh Tony Pua.

Biarpun begitu, natijah perbuatan Pua dan tindak-tanduk kartunis Zunar sememangnya telah mencelar imej Rosmah dan Najib dan menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14.

Persoalannya, adakah Pua dan Zunar akan meminta ampun daripada Rosmah, atau apakah kita akan menyaksikan isteri Najib menyaman mereka kerana menabur fitnah yang begitu dasyat?

Tony Pua sah menipu apabila menuduh Rosmah membeli cincin berlian berwarna merah jambu. Sumber (gambar): Jae Senn
Pendedahan-pendedahan seperti yang dilakukan oleh Amiruddin inilah yang beransur-ansur merubah persepsi mereka dari kalangan umum terhadap Barisan Nasional.

Sebelum PRU14, mereka menuduh Rosmah membeli berlian dengan wang yang dicuri dari 1MDB.

Kini, mereka mengesahkan bahawa agen yang membawa berlian tersebut ke dalam negara hanya berbuat demikian agar ianya dapat ditayang sebelum dibawa balik ke negara asal.

Begitu juga, sebelum PRU14, mereka menuduh Najb berbohong berkenaan derma RM2.6 bilion biarpun terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa dana tersebut sememangnya merupakan dana politik dari kerabat Saudi yang disalurkan menerusi syarikat Tanore dan dipulangkan hampir keseluruhan menerusi syarikat yang sama apabila tidak digunakan

Satu kemaluan besar untuk Tony Pua