Apa perlu kesah?.

Dua lagi projek mega bernilai RM19.6 bilion telah diluluskan untuk Pulau Pinang dan akan mula dibina pada bulan Jun.

Sebelum PRU14, kos projek LRT adalah RM8.4 bilion dan kos Lebuhraya PIL yang panjangnya 19.5km ialah RM7.5 bilion.

Pada masa itu, kerajaan DAP Pulau Pinang jamin harga projek tidak akan naik selepas disoal oleh orangramai.

Selepas PRU14 dan DAP sudah berkuasa di Putrajaya, kos LRT naik ke RM9 bilion dan Lebuhraya PIL naik ke RM9.6 bilion.

Awal tahun ini, saya pernah menyoal mengapa Lebuhraya PIL begitu mahal pada harga RM7.5 bilion iaitu pada harga RM385 juta satu km.

Sedangkan DAP pernah serang kos lebuhraya KIDEX pada tahun 2014 dengan berkata kos KIDEX pada harga RM161 juta satu km adalah paling mahal dalam sejarah Malaysia.

Kini, kos Lebuhraya PIL naik lagi ke RM9.6 bilion bersamaan dengan RM492 juta satu km.

Kos projek ECRL pada RM79.9 juta satu km, DAP kritik dengan kuat. Sehingga menuduh kerajaan China bersuhabat dengan BN untuk melakukan rasuah.

Kini, kos untuk projek satu lebuhraya mereka sahaja sudah naik ke hampir RM500 juta satu km. Apa cerita?

Sebenarnya, DAP tidak lagi hirau apa-apa jua kritikan dari Rakyat atau dari pembangkang sekarang.

Mereka sudah rampas kuasa terbesar negara.

Kalau mereka hendak buat, mereka terus buat je.

Kalau mereka mahu naikkan kos projek dengan berbilion-bilion, mereka naikkan je.

Apa perlu kisah?